Tuesday 27 September 2011

25 september 2011....

pada hari ahad, 25/9/2011 adalah hari konvokesyen aku yang pertama kali dalam hidup. pada pagi hari itu diriku jadi tak tentu arah, memikirkan baju yang belum digosok...............
pada pagi hari itu ak bangun tidur pukul 4 pagi lagi...gara-gara tak lena tidur teringat-ingat nak konvo...hihihihi...kebetulan pulak umi aku datang ketuk bilik....ingat kan apa la pagi-pagi hari...rupa-rupanya kejut aku bangun untuk kemas rumah and masak untuk buat bekal dalam perjalanan kami ke kl.....
jam sudah terpacak menandakan pukul 5 pagi.....aku bergegas mengejutkan adik bongsuku yang sering lembab lau bangun pagi....maklum la pagi-pagi kan sejuk...lagi-lagi pada waktu tu kami duk kat cameron.....masyallah....airnya sejuk macam air batu...2 hari 2 malam kami tinggal kat cameron...hanya 1 kali sahaja aku mandi....hihihihihihi....
pada pukul 5.30 pagi kita orang bersiap-siap and bertolak dari cameron highland menuju ke ukm.......lam kul 9 pagi aku dan keluarga berhenti kat RnR rawang untuk bersarapan pagi and mandi sekali......jam 10 lbh kami bertolak tapi pada waktu itu hatiku berdebar-denar sebab bajuku belum gosok........takut tak sempat sampai jer....maklumlah perjalanan rawang ke ukm tu jauh la jugak.....
dalam pukul 12 aku sampai ukm sambil makan buah lansat (sesat) jugak nak boleh sampai ukm tu.......
alhamdulillah........nasib baik kawan aku ade lagi kat bilik dia, aku pon tumpang gosok baju kat bilik dia la..tup-tup kain dalam ngan terbus (sekaf) pulak ak tak bawak........nasib baik kawan aku ade sper.....
jam menunjukkan pukul 1.15 ptg sudah....aku pun dah mula kalut.....dengan persiapan diriku yang belum siap lagi ni...sidang konvo dah nak bermula pukul 1.30......cari parking dah satu hal.....sampai kat dewan pulak...ak tertinggal kad masok pulak dalam kereta..........berlari-lari pulak aku kat tempat parking....habis mekap aku cair....tpi nasib baik la sempat masok....
pukul 2 ptg bermula lah sidang konvo aku....disebabkan lama menunggu and campur dengan penat...ak boleh terlelap dalam dewan tu...hahaha...wat malu jer tersenguk-senguk....
jam menandakan jam 4 lebih....hatiku berdebar-debar menanti ketibaan namaku di sebut....lutut aku pulak terketar-ketar....maklum la....first time kata kan.....
emmmmm begitu lah ceritanya pada hari konvokesyen aku.................

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:





1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!